PENGENALAN DIRI
Nama diberi Savarina Alwani, berasal dari Sarawak. Merupakan anak kedua daripada enam orang adik-beradik. Semasa tadika, saya bersekolah di Freda Radin School yang terletak di Brunei. Kemudian ketika berusia 6 tahun saya berpindah ke tadika Chin Chin yang terletak di Miri, Sarawak. Saya menyambung pelajaran di Sekolah Kebangsaan South sehingga tamat tahun 6. Kemudian, saya berpindah ke Kanowit untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Kanowit. Saya menuntut ilmu di situ sehingga tamat tingkatan 5. Setelah menerima keputusan SPM, saya ditawarkan dengan pelbagai tawaran pelajaran antaranya UPM (Diploma Perhutanan), Politeknik (Diploma Kejuruteraan), UPSI (Diploma Sains), Tingkatan 6 (Sains Tulen) dan tawaran dari universiti-universiti swasta. Sebenarnya, pilihan utama saya ialah Maktab dan pilihan kedua ialah matrik. Tapi dua-dua tak dapat. Sedihnya sampai seminggu saya berkurung dalam bilik. Hahaha. Bukan rezeki. Akhirnya, UPSI juga lah jadi tempat untuk sambung Diploma. hihihi. Sekarang saya semester 4 dah. Lagi dua semester sebelum tamatnya pengajian saya sebagai anak kandung Suluh Budiman. :) Ok, Salam perkenalan semua!
P/S: tak semua saya cerita sini, kalau nak tahu lebih lanjut cari lah saya. hahah

No comments:
Post a Comment